Wednesday, July 25, 2012

Hardcover Album Promotion: RM78 for 40 pages!

Berhenti update tentang kahwin dulu, ni saya nak gebang2 tentang satu promotion. Tapi de relate dengan kawin2 jugak lah...

Its about wedding album. Untuk B2B yang nak berjimat dalam hal kawin, tapi teringin jugak nak ada album yang giler keras tu (hardcover). Zaman sekarang ni tak de dah pakej fotografi yang around 1k. Sume pakat lebih dari tu, dan 2k pun ada. Apa yang korang dapat? Mungkin hanya 1 customized album (hardcover), storybook dan DVD copy.

So apa kata korang amik service diorang untuk ambil gambar sahaja. Untuk professional photographer pun around RM500 untuk upah ambil gambar (unlimited photos dan DVD copy). Kalau nak jimat lagi, suruh je kawan2 yang ada DSLR tu snap gambar korang. Tapi bersedialah kalau hasilnya tak seperti seorang pro. Lepastu agak2 ada duit, barulah pergi albumkan gambar tersebut.

Ni saya nak bagi website untuk tempah album tersebut. Di Pixajoy, its only RM155! So total up RM500 + RM155, jadi its less than 1k untuk album kahwin kamu. But now... Pixajoy ada promotion Ramadan lagi! Discount 50%, so that kamu hanya bayar RM78 instead of RM155 untuk 20-40 pages of hardcover album! Plus, free postage!

Contoh photobook untuk dipilih

Menarik kan? Disebabkan saya ada 2 lagi resepsi yang menanti, maka saya nak tempah 2 set esok (tunggu elaun masuk). So korang tunggu apa lagi. Promosi ni 3 hari je dan berakhir esok (26 July 2012). Untuk yang nak tunang/kawin hujung tahun pun boleh beli voucher dari Pixajoy ni dulu sebab voucher ni valid till 18 Febuari 2013.

Caranya, klik link promosi ini. Pilih photobook idaman hati dan klik bayar. Voucher akan dihantar melalui email dan valid hingga 18 Febuari 2013. Next, download Pixajoy editor software and design your album. (Yes, u have to design it on your own). Do a payment (or enter your voucher code), upload ur designed album and u will receive ur photobook in 6-7 working day!

Sharing is caring. Caring is loving. Happy DIY-ing!

Gambar gedik2 camni kena masuk album...




Thanx for reading







Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

InsyaAllah esok kita semua akan berjumpa Ramadhan tahun ini. Sekejap lagi pukul 5 nak balik Melaka sambut puasa di sana. Berterawih malam ini dan bersahur esok. Then berbuka di Segamat pula esok. Tak kisah lah kat mana-mana pun, as long as I’m with him. Ehehe.




1 hari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH
1 hari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH
1 hari lagi DOA ini akan di IJABAH
1 hari lagi PAHALA ini akan dilipat gandakan
Tapi semua itu tak akan terjadi sebelum semua saling memaafkan

Maafkan saya ye. Salam Ramadhan semua! Doakan perjalanan saya...





Thanx for reading







Majlis Pernikahan 07.07.12

Majlis pernikahan saya telah dilangsungkan 2 minggu lepas, iaitu pada 07 Julai 2012 selepas Asar. Perancangan asalnya nak buat hujung tahun, tapi teringin nak beraya tahun ni bersama suami, maka diawalkan lah tarikhnya...

Memula tanya ayah dia tak setuju sebab tak sempat nak kumpul duit majlis katanya. Tetiba sepupu call dan ucap tahniah. Eh pelik, laju betul gosip tersebar! Rupanya dia dapat tahu sebab ayah dah tempah kelapa dari emaknya. Wah ayah senyap2 je, konon tak bagi padahal excited.

At last tak de maknanya tempah kelapa semua tu. Amik katering je sebab ayah dah serik kepenatan majlis tunang dulu.

So cerita tentang majlis nikah, saya sengaja pilih Sabtu sebab nak jugak tarikh 07.07.12 tu. Bukan sebab tarikh tu cantik je, tapi kebetulan adalah besday hubby yang ke... 30!

Kami pilih lepas Asar sebab diorang ni dari Melaka. So tak perlulah datang Segamat awal-awal. Tak nak pilih malam pulak sebab malamnya ada majlis berinai besar.

Untuk nikah, dah bagitahu mak andam yang saya nak ala-ala arabian. Nak tutup muka dengan niqab, so dia kena highlightkan mata. Pergh memang terlalu highlight mata ni, kemain panjang bulu mata yang dia bagi. Pastu tak sangka pula dia siap bawa accessories kepala yang memang very the arabian!




Untuk handbouquet, saya guna lilies sebab memang dah verangan dari dulu. Tapi lilies yang saya dapat ni dah besar mengembang. Tak apalah, small matter je.

Masa ke masjid, hujan renyai-renyai dan saya terlambat sampai dari imam. Pffft! Salahkan mak andam sebab dia lambat make up. But Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya sah menjadi isterinya dengan 2x lafaz. Lafaz pertamanya tersekat air liur masa sebut nama Siti. Ces!


Akad oleh kadi mukim pogoh


Panjang pula ceritanya. Tapi saya still nak menulis sebab tak nak lupakan semua kenangan ini. Next is bacaan sakinah. Memula abah tak nak sebab dia tertinggal cermin mata. Tapi saya berkeras nak jugak. Syukur tak de nangis-nangis walaupun suara saya dah bertukar serak2 basah, air mata dah kelihatan di tubir mata.


Bacaan sakinah


Ini je untuk sementara waktu. Nanti dapat gambar official, saya upload lagi ye. Semoga masjid yang dibina ini mendapat keredhaan Allah dan berkekalan hingga ke syurga. Amin...


Lafaz ta'liq


Penyerahan mas kahwin


Cincin batal air sembahyang untuk dia


Dah dapat gelang, kena cium tangan


Pengantin yang mata sembap


The lilies





Thanx for reading







Wednesday, July 18, 2012

Back To Normal Schedule

Im back! Setelah hampir 2 minggu bergelar isteri. Uhuk uhuk batuk pulak. Sebenarnya since last week saya dah start masuk lab, tapi masih belum ada mood nak buat kerja. Sekarang pun macam tak percaya lagi dah kawin. Haritu dah suruh hubby tampar sikit pipi ni, takut bermimpi.

Anyway thanx a lot kepada my beloved parents yang menjayakan majlis. Kepada abah of course sebab banyak mengeluarkan belanja. Kepada mak pak sedara dan sepupu yang tolong buat doorgift, hantaran dan melancarkan lagi majlis.

Thanx to Cikgu Is from Iris Awana selaku wedding planner. Vendor2 lain seperti Partyprint, ManisDV Production, kugiran (tak ingat nama band) sebab bekerjasama menjayakan majlis.

Thanx to family mertua yang datang ramai-ramai memeriahkan majlis. Hari nikah pun dah 7 biji kereta yang datang. Maaf lah terpaksa dok beramai-ramai dalam homestay tu.

Thanx kepada kengkawan yang sudi datang jauh2 beratus kilometer. Siap bagi hadiah sume. Really-really appreciate it!

Untuk semua nama diatas, I love U all! Maaf kalau ada yang tersalah terkurang ye.

Belum ada mood nak review apa2. Mood ada di Melaka bersama hubby yang tengah demam tu. Bilalah nak hari Jumaat, nak pecut balik ke Melaka. 


Nak syer gambar majlis haritu je dulu. Gambar nikah dulu ye. Tapi unofficial and unedited version la. Sok lusa kita syer pula gambar majlis berinai dan resepsi. Then baru buat review okay?

Tengok lah jap2 lagi saya upload lagi.









Thanx for reading







Saturday, July 7, 2012

Lafaz Sakinah Selepas Asar Ini

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu






Thanx for reading







Friday, July 6, 2012

Signage


Saya tahu saya dok Segamat. Kampung. Jauh dari kawan-kawan yang kebanyakan di JB dan Melaka. But Im glad and appreciate if u could spent some of your time to my wed! Bukan sahaja spent masa, tapi tenaga, duit minyak, duit hadiah semua lah. Hehe.

So untuk sesiapa yang tak pernah datang rumah saya, saya cuba sediakan sebanyak signage yang boleh. Tapi di Segamat je lah. Jangan dari JB ko dah stat cari signage pulak. Pastu tak jumpa, terus patah balik. Memang nak kena lah kan.

Inilah signage DIY saya. Size font dah 150 tu, be alert ya. Saya dah di kampung ni. InsyaAllah kita jumpa on SUNDAY ye. 08 Julai 2012 hari AHAD, bukan Sabtu. Dan saya cuba melekat dengan hanfon. Ada apa2, calling2 je...


Letak dedua kat 1 tiang best gak, biar korang pening


Review is coming soon....





Thanx for reading







Thursday, July 5, 2012

Checklist Sebelum Bercuti

Hari ini saya baru start cuti. Agak lambat sedikit, but its ok. Harap semua persiapan berjalan lancar dikampung.

Saya di sini tak ada perasaan apa pun lagi. Tapi excited nak bercuti tu lagi hebat dari excited nak kawen. Kenapa ya? Mungkin dikampung nanti perasaan excited, takut, gedik nak kawen tu semua datang.

Sekarang cuma dok tersengih2 je bila bersalam dengan labmates dan diorang wish Selamat Pengantin Baru. Tetiba terfikir, eh betul ke ni??? Rasa nak mintak penampar je biar terbangun dari mimpi.

Dis week, saya agak busy kesana kesini. Tapi Alhamdulillah semuanya dah setel semalam. Harap2 tak ada apa yang tertinggal di JB ni...

Done at JB
Goodies from Pemborong Makanan Taman U
Guestbook from Rainbow Stationaries
Welcome poster from Iprint
Terjemahan Solat from Juragan Printing
Print signage etc from Fizah’s printer
Hot perfume from Giant Supermarket, U Mall
Flower girl dress from UO Store, Angsana
Handbouquet from The Craft Portion
Tooth Scaling at Klinik Kesihatan UTM
Personal belongings

To-do list
Solemnization outfit at Shadira Spa, Labis
Kemas bilik
VIP doorgift
Pakai inai





Doakan perjalanan saya balik kampung selamat dan majlis berjalan lancar. Amin. Gerunnya nak baca sakinah nanti... Oh ya, tisu lupa nak beli!





Thanx for reading







Wednesday, July 4, 2012

Teaser: Baju Resepsi

Saya ni memang suka beli majalah pengantin. Baju cantik sampai rambang mata nak pilih. Penyudahnya, 22 Jun lepas baru finalised baju resepsi. Ya, exactly on dat day sebab saya ada simpan lagi mesej kami berbincang tentang baju.

Masa ni lah baru nak buka balik folder2 yang ada simpan gambar baju yang dah shortlisted. Nasib baik tak hilang masa laptop buat hal bulan lepas.

Itupun still rambang mata so send 2 images kat diorang, pandai2 lah diorang nak buat macam mana. Pening dah.

Nak tengok 2 images tu ke atau nak tengok teaser baju saya? Dua-dua tak nak? Fine... Kita cerita je lah tanpa gambar.

Masa balik kampung last week, ayah suruh saya bayar duit di Iris Awana. Boleh je kalau nak online transfer. Tapi diri ni tak menyabar nak tengok baju. So saya buat cash deposit dan pura-pura bagi alasan nak bagi resit kat diorang. Padahal nak tengok baju. Ces!

Bajunya? Hmmm boleh lah... Boleh lah dari tak de kan. So sad. Nak cerita panjang pun tak guna, baju dah hampir siap pun.

Tak, saya tipu. Im in love with the dress ok!  

Ni nak tunjuk teaser lah. The 2 images masa buat review nanti ok? Masa ni detailing tu baru tampal2 je dengan peniti, belum jahit sepenuhnya. So comot momot sket...


Eh kenapa kau jadi hitam putih? Hehe. Nak kaler,  tengok live.


Another 2 days to go...






Thanx for reading







Wordless Wednesday #10: The Planner

Congrats!

Berita Harian, 3 July 2012






Thanx for reading







Tuesday, July 3, 2012

Teaser: Baju Nikah

Baju nikah dah siap. Dah lama siap sebenarnya. Mak sedara yang jahitkan. Dia jahit based on design yang saya bagi (3 kali tukar design). 

Tapi bila makcik-makcik yang jahit ni, semua nak dibesarkan dan dilonggarkan. Baju kurung moden (kantoi!) dah jadi macam baju kurung pahang pula. So saya hantar kecilkan sikit, malas dah nak suruh dia sebab kesian dia nak layan saya.

Jahit baju di Segamat, alter di Wardah Spa di JB dan hantar tampal lace dan jahit manik di Shadira spa di Labis. Kenapa jahit baju di Spa? Dah diorang semua multi-talented. Jauh bajuku merantau.

Ini gambar dari penjahit manik di Labis tu. Teaser dulu, so kena tunjuk gambar hitam putih je. Veil pun suruh dia buat. Hari Khamis ni saya balik baru nak pick. Harap semuanya ok...


Nikah attire!


Another 3 days to go... 





Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...