Wednesday, September 11, 2013

26th Birthday


Siang harinya kami berjalan beraya ke Seremban dan Tampin. Berkonvoi 4 kereta. Baliknya berpecah lah semua, hanya 2 kereta menuju ke rumah mertua. Aku n hubby sampai dulu, akak ipar aku lambat juga, mana lah dia menyinggah.

Lepas sampai rumah, hubby hilang. Wah I smell something. Tapi tak pe lah tak nak mengharap, nanti tak ada apa2, aku yang kecewa.

Aku dok depan tengok TV. Tup tup kak ipar aku balik. Anak-anak buah aku masuk sambil ucap ‘Happy Birthday Muksu’. Haaa kan dah kantoi. Mesti ada apa-apa ni, diorang dok wish. Tu yang aku get ready juga ni, kot2 ada celebration apa2, baik aku mandi dulu. Haha berangannya Ya Allah...

Lepas mandi, tengok akak ipar aku tengah prepare sate sume bagai. Kek nya tak kulihat lagi. Tak pe, naik bilik solat dulu lebih afdal.

Lepastu hubby panggil ajak makan sate. Hmm layan kan aje. Dalam pada tu, masih cuba pujuk hati, kot-kot memang sate semata, aku tak nak keciwaaaa... Tapi tangan ni capai handfon, manalah tahu nak ambil gambar kek. Tahun lepas tak dapat ambil sebab memang betul2 surprise...

Turun bawah, lampu padam (macam tahun lepas), so aku dah agak dah. Aku pandang kiri (sebab dulu kek dari luar rumah belah kiri), tapi tetiba akak ipar dan anak buah aku dari kanan (bilik abg apis) sambil nyanyi lagu besday. Haha tergelak aku tengok kak ipar aku ni, sporting abis!






So makan-makan, sambung gi belakang rumah ada openhouse, balik tidur. Hadiah besday dah dapat awal dulu, dah rasmikan pun. Ni ha hubby bagi beg kain brand Samsung.




Btw ini kek dari labmates untuk besday girls bulan Ogos. Kreatif juga ye beli kek Secret Recipe buat macam ni. Boleh makan semua flavor. Tengoklah betapa rakusnya diorang. Ya diorang, bukan aku.





Btw TQ untuk hubby, family dan labmates. Bukan kek atau hadiah yang jadi ukuran, tapi ingatan dan doa korang. Cukuplah sekadar besday wish dan doakan yang terbaik untuk kami. (Tapi dah orang nak bagi, amik je lah kan. Rezeki jangan ditolak ;P ) 




TQ hubby!

Thursday, September 5, 2013

Raya lagi. Ketiga dan Keempat 2013


Dah tak tahu nak letak tajuk apa. Raya ketiga, pepagi dah berjalan ke rumah jiran. Itu lah, rumah jejauh dah pergi tapi orang sebelah tak jenguk-jenguk lagi. Lepastu makan tengahari rumah makngah dan malam di rumah nenek. Ok tamat raya ketiga. Seronok raya ni, hari-hari tak payah masak.

Menu lunch

Kenduri malam hari di rumah nenek

Bacaan doa oleh imam

Lepastu imam berkaraoke

Diikuti hubby "Oooh balik kampung"

Ramai yang terpegun rupanya

Warga veteren

Tunggu turn berkaraoke

No caption

No caption

Penutup

Raya keempat, openhouse rumah kami. Tq pada kawan-kawan aku yang sudi datang, tapi lupa ambil gambar la. Mak aku dari Perak pun singgah sekali lepastu kami berkonvoi raya di Melaka sebelum ke destinasi terakhir, Segamat. Rindu sangat kat anak buah aku ni.


Berdiri atas meja kopi pastu berangan atas stage


So raya kelima aku di Segamat tapi semua orang dah mula bekerja. Gagahkan juga pergi malam2 sebab nak jumpa sangat sepupu aku yang bekerja di Pejabat Agama. Sebab dah lebih setahun kami kahwin tapi tak ambil lagi surat nikah. Nak pergi Pejabat Agama lagi lah malas, main kirim-kirim je. Terus apply kad nikah sekali. Btw untuk apply, mereka perlukan sijil nikah original, fotostat ic suami isteri, gambar pasport suami dan isteri (bersongkok dan bertudung), RM 50 untuk pemprosesan dan siap dalam masa 2 bulan.



Akhirnya ada dah sijil nikah



Thursday, August 29, 2013

Raya Kedua 2013



Rutin biasa pagi raya kedua adalah ke rumah along breakfast / brunch. Kira mini open house lah untuk sedara-mara. Menu tahun ni nasi lemak, nasi himpit, nasi goreng, mee dan mihun goreng. Tahun lepas laksa nyonya, signature dish along. 


Rumah along. Dari kanan: Angah, Busu, Along dan uncles mereka

Yang dah kawin dok dalam melayan anak

Next adalah ke rumah bibik untuk makan tengah hari. Menu nasi putih, popia. Kira mini open house yang juga rutin setiap tahun. Kami spend masa lama kat rumah ni sementara menunggu cik abang semua solat Jumaat. Makan, borak, baca paper, main game. Ulang makan lagi, pastu tertidur. Tu lah aku kat rumah bibik.



Rumah bibik ni berderet kereta n motor mewah. Lori van semua ada.

Selepas tu, kami beramai-ramai ada lebih kurang 10 rumah di belakang rumah bibik untuk dilawati. Lawatan sekejap je, so menu air dan kuih raya je la. Tapi tahun ni kami khatam around 5 rumah je sebab ada rumah yang dah tak berpenghuni, ada yang rumah masih renovation, ada yang terpaksa beraya di hospital.  



Itu dia... Lorong yang akan kami jelajahi...

Beraya di sepanjang lorong ni memang rutin. Tapi kebiasaanya kami tak bergerak sekaligus. Dari rumah bibik, mungkin kami akan pecah kepada 2 group. Group kedua mungkin akan gerak 10 minit lambat untuk elak jem dalam rumah orang. Haha. Tapi tahun ni semua bergerak sekaligus. Penuh dah tak bernafas dalam rumah orang!



Salah satu rumah nenek sedara

Puncanya?? Sebab baru-baru ni laki aku buat whatsapp group sepupu sepapat dia. So sume tak nak gambar ketinggalan masuk group, tu yang sume nak melekat je masing2. Sume pun gila bergambar tahun ni.



Tengok tu! Makwe (nenek sedara) pun eksaited nak masuk wasap.

Ada sekali hubby pinjam kamera aku tuk ambil gambar. Pastu dia pass balik kat aku, aku simpan masuk bag dan terus berlalu. Tetiba aku dengar orang gelak. Rupanya laki aku pass kamera sebab nak suruh ambilkan gambar! Bukan suruh simpan! Puaslah diorang posing menunggu, tapi aku tak nampak. Haha maaf...



Ini lah posing mereka... 

Destinasi seterusnya, kena naik kereta, ke rumah Mektam dan menu macam biasa, laksa johor. Special kat sini sebab ada tapai. Ok tapai biasa2 je (tapi sedap!), special bila hubby campur tapai dengan puding, buah dan air bikarbonat. Benda lain bercampur-baur masuk perut aku, aku ok je. Tapi bab tapai campur2 ni aku risau sket. But so far aku tak pernah sakit perut lagi, ok lah tu...



Tapai special

Rumah terakhir untuk konvoi raya kedua adalah rumah Busu. Menu macam biasa, buah dan koktel. Kata rumah penutup kan, mestilah sediakan desert kan. Aku suka pergi rumah Busu sebab so english style! Banyak ‘makanan’ dari getah (kot?) dan fabrik. Orang pangil faux (false) cupcake, donut, ice-cream etc. Lagi kagum bila tengok semuanya bersih dari habuk. Ke Busu bersihkan bila nak raya je ni...



Faux foods

So malamnya, kami anak beranak je ke rumah mak cik sebelah arwah mak mertua. Menu utama, mee goreng dan teh tarik. Aku bukanlah penggemar mee, tapi tak tahu kenapa aku bertambah 3x! Siap berebut udang dengan anak buah dan biras aku. Teruk la.



Di sebelah keluarga arwah mak mertua

Balik rumah, detox segala lemak dan minyak dengan Herbalife. *iklan jap* AloeVera untuk mencuci usus, TeaMix untuk detox dan bakar lemak luaran, Omega3 untuk lemak dalaman. Air masak secukupnya. Alhamdulillah berat aku sekarang maintain macam sebelum raya. Kalau nak lose weight, senang je. Top up je TeaMix tu jadi 3 cap (aku amik 1 cap) je. Aku tak kisah berat badan, aku nak sihat je. Cuma tak de istilah ‘gemuk sihat’ kan? Preggy pun boleh makan ni sume. *habis iklan*



My detoxification tools


Jumpa di entri raya seterusnya...

Disclaimer: Testimonial Produk dan pendapatan adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Herbalife hanyalah nutrisi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...