Sunday, May 13, 2012

Another Surprise for Emak



Hari ini 13 May 2012 adalah Hari Ibu Sedunia! Haram disambut? Kenapa ya? Setakat mesej berantai yang mengatakan haram menyambut hari ibu di Facebook? Eh, siapa nak raikan hari ibu di Facebook? Orang nak raikan di rumah, restoran, hotel, etc. Kuikuikui. Ok tak lawak. Kalau betul pun info itu, aku tak ada niat meraikan apa2 kejayaan Kristian. Hanya nak gembirakan hati ibu tersayang.

Untuk tahun ni, aku buat surprise delivery kat ofis mak. We celebrated it a day earlier. Seminggu lepas aku dah order ‘rose’ bouquet in a basket untuk mak. 

Chocolate rose bouquet in a basket

Tapi dok fikir2 balik, kenyang ke mak makan coklat nanti? Dia dah lah suka makan. So aku tempah apam stroberi juga.

Add on apam strawberry with strawberry + chocolate filling

Aku sesaja suruh deliver right before her lunch time supaya boleh terus makan. Around 12.30pm tu mak dah call:

Mak:    Adik hantar mak hadiah eh?
Aku:    Mana ada. Mak kan ada anak lain. Cuba Tanya.
Mak:  Anak lelaki mak semua selalu celebrate belanja makan. Adik je yang suka surprise ni
Aku:    Mak dapat apa?
Mak:    Ntah la, ada bunga, tengah2 dia ni gula eh. Dengan apam polkadot.
Aku:    Bukan gula tapi coklat lah mak. Tapi semua tu tak boleh makan tau.
Mak:    Laa... iya ke...
Aku:    Gurau je. Hahaha. Makan lah. Saje tempah banyak2, bagi kat kawan2 mak.
Mak:   Tu lah, semua dah cop sorang sekuntum ‘bunga’. Diorang dok salam peluk mak wish Mother’s Day.
Aku:    Aah bagi je sorang sekumtum. Kuih tu pun bagi sekali.
Mak:    Ada yang siap kata, bilalah anak aku nak besar. Nak merasa dapat macam ni jugak...
Aku:    Hehe... (no komen)

See? Adik beradik aku yang lain pun akan treat mak dengan belanja makan dalam apa2 event sebab mak ni memang suka makan! Dan anak-anaknya pun disuruh kuat makan. Sampaikan balik kampong last week, mak belikan aku Vitamin C dan buah jambu sebab katanya aku dah kurus. Aiyo! I diet lah mak...

Anyway, Happy Mother's Day Mak, Mak Ja, Tok Tik, Tok Munah dan kengkawan yang dah menjadi ibu. For mom, thanx for being a great mom since I was born! Sorry for every single thing I did. And I love you so much! Tak lupa Al-Fatihah for mak Mr.F (Asiah Tahir), Tok Tik (Rahmah Ibrahim) & Tok Munah (Munah Dagang).

Mak kata, ni dua je dia simpan tuk makan

Credit untuk Elly Malina Bakery, Segamat.




 Thanx for reading







2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...