Wednesday, May 16, 2012

Salah Faham Dalam Urusan Permohonan Nikah

Ada perkara nak dicerita sedikit untuk panduan. Ia berkenaan borang permohonan nikah. Untuk senarai borang boleh klik sini. Lain-lain peraturan yang mungkin boleh membuatkan kamu salah faham:

1. Borang PERMOHONAN nikah lelaki (jika lelaki dari daerah berlainan perempuan, cth: Melaka) hendaklah DISAHKAN dahulu di Melaka sebelum dikeluarkan surat KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN. Tempoh pengesahan adalah selama 3 hari bekerja. Surat kebenaran tersebut hendaklah diberikan kepada bakal pengantin perempuan untuk permohonan seterusnya.

2. Seterusnya bagi perempuan, sesiapa yang ingin menguruskan borang PERMOHONAN nikah di daerah berlainan tempat nikah, hendaklah mendapatkan surat bermastautin terlebih dahulu dari ketua kampung tempat bermastautin. Contoh saya mahu bernikah di Segamat dan ingin menguruskan borang di tempat bermastautin (Kulai), saya harus mendapatkan surat mastautin dari ketua kampung Kulai. Dan SURAT AKUAN BUJANG pun hendaklah dari tempat mastautin yang sama. Its easier kalau kamu ada majikan. In my case yang masih belajar, mesti dapat surat akuan bujang dari ketua kampung.

3. Bila dah setel hal #2, saya boleh di INTERVIEW di Pej. Agama Kulai. However, di Kulai, mereka hanya boleh mengeluarkan surat KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN. Sooooo saya still kena balik Segamat untuk uruskan permohonan nikah! Tapi borang tu boleh pass kat orang lain je. Then barulah Segamat keluarkan surat KEBENARAN NIKAH dan diberikan kepada imam (tempat nikah). Atau nak lebih senang, tak payah uruskan di tempat bermastautin. Itu dikira 2x kerja. Baik balik kampung je uruskan di sana.

Phew! Banyak sungguh miscommunication. Si A bagitahu begitu, si B bagitahu begini. Dah lah saya anak sulung, ayah pun tak tahu sangat.

Untuk sesiapa yang belum nak menikah tu, maaf kalau kamu tak faham apa yang saya tulis. But until kamu dapat checklist, then baru kamu mungkin ada clue sedikit. Cuma nasihat saya, setelkan secepat mungkin! Borang ni adalah perkara utama perlu diuruskan.

But at least dah setel interview. Apa soalannya, kita buat entri lain ya.




Thanx for reading







1 comment:

  1. waa, bestnya x lama lagi kawen. apapun wish u all the best urusan tuk urusan n persiapan kawen :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...